ABOUT SMILE INBOX FOLLOW
about


Mira.

Suka memerhati tapi tak suka diperhati. >.<




Alhamdulillah. // Wednesday, 20 June 2012 // 0 NOTE(S)
08:32


بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِارَّحْمَنِ ارَّحِيم




Alhamdulillah.Merdeka! Exam dah habes. Hoyeah. Gembira sebentar setelah beberapa malam tak tido. *Ok tak cukup tido, bukan tak tido langsung. Hmpppmmmhhh. Tunggulaaa balik rumah nati nak QADO' balik. Muehehehe. Umi abah jangan marah naa cek nak tidoq puas-puas. =..=''


Dan TAHNIAH! Pelancaran blog yang kelima. *clapclap
Kekeke. Anda memang hebat.*Tsk tsk nampak sangat tak de keje lain nak buad. Insya-Allah, saya nak mula design blogskin sendiri. Huahuahua. Sila tunggu dan lihat ya. Konfom hangat-hangat taik ayam ja. - -'
So far, everything berjalan dengan baik. Insya-Allah, moga akan terus dipermudahkan oleh Allah dalam setiap urusan. Amin. :) 
Sekarang tinggal nak packing, kemas-kemas, warm-up bagai *Cehh -,-' and angkat barang-barang pergi stor. Haih, balik 6 bulan sekali, tapi barang-barang banyak gilak macam orang yang tiap-tiap minggu balik. Oh~Stress! Hamek lah nati nak kena mengangkut. Dahlah bilik dengan stor sangat jauh. Uhuh, untunglah mereka yang ada boyapren duk boleh tolong mengangkat tuh. =..=''


Allahurabbi. Alhamdulillah. Segala puji untuk Allah.  :')
Sekali lagi doa telah diperkenankan Allah SWT. Dapat juga duduk kolej next semester. Saya memang menangis berlagu malam itu. *Sambungan dari cerita blog yang lagi satu hehe
Malam itu tersangatlah terharu + gembira + bahagia + sedih. Allah Allah Allah.
Sedih sebab pagi tu tak dapat jawab exam cognitive neuroscience.*langsung tak dapat jawab. Completely zero. First time rasa macam tersangat dumb dan yeah yeah I am sooo stupid. Hoh. Rasa teramat bengang dengan semua lecturer sebab bagi tips mohong dan soalan macam nak bunuh orang ja. Adei. Lepas tu rasa macam nak hantar kertas kosong ja. Biaq padan muka. Hahaha.


Tapi masa tengah jawab tu sempat jugalah muhasabah diri balik. 
*Muhasabah*Allah.
Hmmm ney mesti tak boleh jawab sebab dosa banyak, maksiat banyak, jahilliyah banyak dan hati tak bersih. Allah. :'(
Then teringat pesan umi dan abah. 
"Jangan give up, buat sungguh-sungguh. Kalau failed pun takpa, sebab dah usaha dulu."
Allah tengok usaha kita.

*senyum
Sila check balik surat cinta dari Allah.

"Kerana sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan.
Sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan."
94:5-6

 Setiap yang telah terjadi ke atas diri kita telah ditentukan oleh Allah. Bergantung pada usaha dan amal yang telah kita lakukan. Dan sememangnya semua yang telah berlaku dan terjadi itu adalah yang terbaik buat kita. Walaupun ianya susah, sukar, berat ataupun sulit. Yakinlah dengan janji Allah.

"Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya. Ia mendapat pahala (dari kebajikan) yang diusahakannya dan ia mendapat siksa (dari kejahatan) yang dikerjakannya."
2:286

Nak rehat puas-puas sebelum bekerja balik. *kemas dan packing. Aha, shopping! Hehehe.
Umi, Abah, Kakak, Adik-adik. Tak sabaq nak balik. Tunggu naa. ツ


Labels: , , , ,