ABOUT SMILE INBOX FOLLOW
about


Mira.

Suka memerhati tapi tak suka diperhati. >.<




Was-was ketika beribadah // Thursday, 16 August 2012 // 1 NOTE(S)
15:20



بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِارَّحْمَنِ ارَّحِيم




1  Perasaan was-was yang mengganggu ibadah adalah gangguan fikiran dan syaitan. Hindarkan jiwa daripada melayannya. Ini kerana melayannya bererti mengikut kehendak syaitan yang cuba menghilang fokus seseorang kepada ibadah dan cuba menjadikan seseorang itu akhirnya bosan, bimbang dan jemu dengan ibadah. Ahli ulama seperti Ibn Jauzi (meninggal 597H) dan ramai lagi sejak dahulu menulis dalam pelbagai karya untuk membanteras penyakit buruk ini.


2  Antara satu sebab utama berlakunya was-was ialah

::Tidak memahami atau berpuas hati dengan praktikal Nabi SAW yang mudah dan senang dalam ibadah
::Terpengaruh dengan ajaran fekah yang suka menyusahkan orang ramai dengan berbagai-bagai petua membebankan
::Terlalu melayan gangguan perasaan
Kata al-Imam Ibn Qaiyyim:
"Tanpa syak lagi sesungguhnya syaitan adalah punca kepada was-was. Mereka yang was-was mentaati syaitan, menyahut seruannya dan mengikuti perintahnya. Mereka berpaling daripada sunnah dan jalan baginda sehinggalah seseorang mereka menganggap apabila dia berwuduk sama seperti wuduk Rasululah SAW, atau mandi seperti Baginda masih tidak bersih dan tidak hilang hadasnya. Jikalau tidak disebabkan dia diberikan kemaafan kerana kejahilannya, maka tindakan itu dianggap mennetang Rasulullah SAW"
(Ighathah al-Lihfan Min Masaid al-Syaitan, 134, Beirut: Dar Ibn Zaidun)


3  Antara ajaran yang menyebabkan was-was ialah pendapat mewajibkan mengurut kemaluan selepas kencing. Tiada nas yang sahih dalam perkara tersebut. Hanya diperintahkan agar kita membersihkan diri daripada air kencing, bukan disyariatkan mesti mengurut kemaluan sehingga dipastikan segala yang ada dikeluarkan. Anggapan jika tidak diurut sehingga habis tidak sah solat adalah tidak benar. 
Kata al-Syeikh Abd al-'Aziz Ibn Baz r.h:
"Adapun mengurut zakar agar keluar sesuati adalah salah dan tidak wajar. Ia antara sesuatu sebab berlakunya was-was dan tidak lawas. Hendaklah dihindari perkara ini. Sebaik sahaja terhenti kencing, maka beristinjaklah (cuci) dengan air..."
(Ibn Baz, al-Fatawa al-Muta'allaqah bi al-Tibb wa Ahkam al-Marda,35,Riyadh: Idarah al-Buhuth)


4  Bagi mengelakkan was-was yang merasai air kencing terkena pada pakaian atau masih terkeluar dari kemalauan, dicadangkan selepas membuang air kecil, diambil air dan direnjis pada pakaian yang berhampiran. Tujuannya, agar jika ternampak apa-apa kesan air, maka anggaplah itu air renjisan tadi.
Al-Imam Ahmad telah ditanya seorang lelaki yang selepas berwuduk masih berasa berhadas.
Kata Al-Imam Ahmad:
"Ambil air dalam tapak tangan dan renjis pada kemaluanmu dan jangan peduli lagi, kerana itu menghilangkan syak Insya-Allah.
(Ibn Qudamah, al-Syarh al-Kabir 1/94)

Cadangan Al-Imam Ahmad ini berteraskan hadis:
"Bahawa Nabi SAW kencing, kemudian berwuduk dan merenjiskan air pada kemaluan Baginda."
(Riwayat Abu Daud, dinilai sahih oleh al-Albani).
Nabi SAW melakukan perbuatan tersebut sebagai panduan kepada kita.



5  Rasa 'keluar angin' (kentut) tetapi tidak pasti atau tidak yakin ia betul-betul keluar atau hanya perasaan sahaja, maka itu tidak membatalkan wuduk dan solat. Nabi SAW mengajar kita agar perasaan was-was seperti ini tidak diambil kira.
Dalam hadis al-Bukhari, "Seorang lelaki mengadu kepada Nabi SAW yang dia terasa sesuatu semasa dalam solatnya, apakah dia patut berhenti?
Jawab Nasi SAW: "Jangan sehinggalah mendengar bunyi (kentut)atau mendapati bau (kentut)".

Maksudnya Nabi SAW mengajar agar seseorang yang merasa terbatal wuduknya secara was-was atau tidak pasti, tidak berhenti dari solat sehingga benar-benar yakin terbatal. Solatnya tetap sah, mainan perasaan tidak diambil kira. Termasuk dalam hal ini ialah mereka yang terasa macam terkeluar air kencing, tetapi tidak pasti perasaan atau benar-benar berlaku, maka solat masih dianggap sah melainkan dia yakin tanpa ragu-ragu angin atau air kecil benar-benar telah keluar.


   Was-was adalah berpunca daripada kurang faham sifat Islam ini. Sebahagiannya datang daripada ajaran sesetengah guru yang suka memayah-mayahkan cara ibadah
Sedang Nabi SAW memberitahu kita: "Agama itu mudah. Tiada seorang yang meberat-beratkannya melainkan dia menjadi susah. Maka bersederhanalah, dekatilah yang tepat dan gembirakanlah mereka."
(Riyawat al-Bukhari)
Oleh itu, elakkanlah mempelajari fekah daripada guru yang suka berfalsafah sendiri dan berteori tanpa berlandaskan nas-nas al-Quran dan al-Sunnah.


  Orang yang selau berasa was-was dalam ibadah sehingga melakukannya berulang-ulang kali, atau melayan perasaanya yang sentiasa berasa bebanan was-was hendaklah bertanyakan dirinya sendiri; untuk apa ia lakukan itu semua? 

Jika ia untuk Allah SWT, maka hendaklah dia tahu bahawa Allah tidak meredhai tindakannya melayan gangguan perasaan atau syaitan yang seperti itu. 

Layanan kepada perasaan was-was itu hanya mentaati syaitan atau ganggu emosi yang salah bukan mentaati Allah SWT dan Rasul-Nya tanpa melayan was-was. Was-was akan memalingkan seseorang daripada mengikuti arahan Allah dan rasul-Nya secara betul.


8  Al-Quran menceritakan senjata was-was ini jugalah yang digunakan oleh Iblis sehingga membawa Adalam melanggar arahan Allah.
Firman Allah: (maksudnya) "Setelah itu maka syaitan telah mewas-waskan kepada Adam dengan berkata: "Wahai Adam, Mahukah aku tunjukkan kepadamu pohon yang menyebabkan hidup selama-lamanya dan kekuasaan yang tidak akan hilang lenyap? Kemudian mereka berdua memakan dari pohon itu, lalu terdedahlah kepada aurat masing-masing, dan mulailah menutupnya dengan daun-daun dari syurga; dan dengan itu derhakalah Adam kepada Tuhannya, lalu dia tersalah jalan.
(Surah Taha:120-121)


Islam Itu Rahmat | Dr Mohd Asri
'Fazakkir innama anta muzakkir'
"Berilah peringatan. Sesungguhnya kau hanyalah pemberi peringatan"
:)

Labels: , ,