ABOUT SMILE INBOX FOLLOW
about


Mira.

Suka memerhati tapi tak suka diperhati. >.<




Berdua-duaan. // Friday, 7 September 2012 // 2 NOTE(S)
17:11



بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِارَّحْمَنِ ارَّحِيم



Saya akan merindui saat kita bersama-sama. Berbual panjang. Gelak ketawa. Meluahkan masalah dan berkongsi cerita. Cerita pasal saya dengan kawan-kawan, ada yang macam ney ada yang macam tu. Ada yang lurus ada yang bengkok. Pasal hidup dekat universiti. Dan cerita pasal masa depan, my career and my studies. Nanti nak sambung kos apa, nak sambung belajar master dekat negara mana la. *Cecei. Pastu ehem ehemmm. Kita story mory about love. or Cinta. Sengih.


Seriyus. Saya akan rindu saat itu. :')

Umi. Kakcik suka sangat bila kita hanya berdua-duaan. :)
*Ya. It's not berdua-duaan dengan lelaki yang bukan mahram or ajnabi. It was with my umi laaa.*

Kita bertiga actually. Allah is always here and here. *tunjuk hati dan di atas sana nun*
Waktu tulah kakcik rasa sangat bebas nak manja-manja dengan umi lagi. Rasa macam nak ceritaa semua ja dekat umi. Perempuan cakap-cakap. (Baca: gilr's talks.)
Sebijik macam yang kita selalu buat masa kakcik kecik-kecik dulu. kan. *blushing*

Umi, kadang-kadang kakcik rasa jeleeesss sangat dengan aisya. Dia kan anak bongsu. Still masih buat manja-manja dia dengan umi. Pastu tetiba ja in a second menangis semata-mata nak dapatkan perhatian umi dan abah. Omo. -.-'
Sory aisya tak sengaja termengata anda. Bhahaha.*gelak ikhlas*


Tapi, umi ibu yang sangat hebat. Ada pi lah anak sepuluh orang pun, umi takkan lupa sorang-sorang anak dia. Especially yang sangat degil dan keras hati macam kakcik ney kan. :')
Ya masa kakcik kecik-kecik dulu, kakcik laa yang paling manja dengan umi. Walaupun sangat ketegaq dan cengei (baca: degil dan garang). Hemoih. :b
Kakcik dulu tak pernah berenggang langsung dengan umi. Asyik berkepit ja dengan umi sampai nak duduk dengan orang lain pun i tamau. kan umi kan. Harharhar.
I miss that moment. :'(

Umi, cuti semester ney dah banyak kali kan kita keluar berdua-duaan. Pergi beli barang la. Pergi beli-belah tingkap la (baca: window shopping). Pergi bayar yuran tulah, yuran nilah. Macam-macam. Semua nak buat dengan umi. Best sangat umi. Banyak benda yang kakcik nak cerita. Seriyus. Satu malam pun tak akan habis. Bukannya tak boleh nak sembang-sembang dengan umi kat rumah. Tapi yang heart-to-heart to maluuuuula itew. Hehehe.

Umi sibuk macam mana pun, umi mesti akan luangkan masa untuk anak-anak dia. Allah.
Umi penat macam mana pun, mesti umi akan lupakan kepenatan semua tu demi anak-anak dia. Allahu Allah.
Umi. You are the super ohsem mother. :)

Ya Allah, kau berkatilah dan rahmatilah kedua-dua ibu dan bapaku. Kau sayangilah dan kasihilah mereka sebagaimana mereka menyayangi dan mengasihiku sejak dari kecil. 
Ya Allah, sesungguhnya aku amat mencintai dan mengasihi mereka. 

Terima kasih umi. Sayang umi lillahi ta'ala. :)
Umi sangat bersabar melayan kerenah dan mood kakcik kan. Hanya Allah ja yang mampu balas segala pengorbanan dan kasih sayang umi.
Kadang-kadang kakcik buat-buat ja mooood *swing* tu sebab nak tarik perhatian umi. Hehehe.
Maafkan kakcik umi. Kakcik tak janji yang kakcik takkan buat lagi.

Abah dan umi. They are MY SOP.
Super Ohsem Parents


We are so busy growing up, we often forget that they are also growing old.
Ya Allah, panjangkanlah usia kami. Panjangkanlah usia ibu dan bapaku.
Dan pertemukanlah kami semula di syurgaMu.



Azam setiap saat.
*Nak jadi anak yang solehah yang dapat umi dan abah banggakan di syurga kelak. 
Yang sentiasa mendoakan kesejahteraan dan kebahagiaan umi dan abah. 
Serta berbakti kepada mereka sehingga hujung nyawa.*
Amin. Amin. Amin.


Note: Esok dah nak balik ke Unimas. Sedih campur eksaited.
Umi tanya teringin nak makan apa-apa lagi tak. Makanan yang susah nak jumpa dekat Sarawak.
Then I said,  "Takde kut. I will only miss your masakan ja umi." Smile.
Umi : "Takkan tak teringin apa-apa kut sebelum balik ney. Nanti kat Sarawak bukannya nak jumpa lagi makanan macam kat semenanjung neh."
I whispered "Hmm lama tak makan ketam." Gelak.

Dan tengahari ini our luch is ketam. Terima kasih umi.*Lap air mata*


Labels: , ,