ABOUT SMILE INBOX FOLLOW
about


Mira.

Suka memerhati tapi tak suka diperhati. >.<




Sayonara. // Thursday, 17 January 2013 // 0 NOTE(S)
05:40


بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِارَّحْمَنِ ارَّحِيم



Alhamdulillah. Baru habis berjuang dalam final exam. Hoyeah. Senyum bahagia. 
Erk senyum sat ja naa.
Sebab saya sangat sangat sedih dan penat. Sebab kan soalan dia sangat sangat SENANG dan seronok untuk dijawab.
Hmmmph. -..- Senang sungguh sampai saya rasa macam nak menari-nari di atas awan.


Kalau orang tanya, "Macam mana exam?"
Saya akan jawab, "Susah habaq hang. T_______T"

Tapi, takpelah. Yang dah lepas usah dikenang kan. Fokus untuk yang akan datang.
Fokus fokus fokus fokus fokus fokus fokus. (Sila baca dalam nada listen listen yer).

Dan sentiasalah bersyukur kepada Allah di atas segala pertolongan dan kesenangan yang telah diberikan.
 Allahu Rabbi. Alhamdulillah. :)

Saya balik ke tanah air lambat lagi. Sob sobs. Semua orang dah nak balik dan dah balik.
Dah recharge pahala dengan melihat kembali wajah kedua ibu bapa. Allah. Allah. 5 bulan kut tak balik.
Reeennnnddduuuuuuuu sesangat sangat. Hancuq bahasa habaq hang. -.-''



Saya rindu mereka. Semoga Allah sentiasa menjaga kita semua. Amin. :')
Walaupun kita masing-masing duduk jauh, I kat oversea, kalian cuma kat Malaysia *batuk koff koff*, tapi kita tetap pandang bulan yang sama kan.  Bhahaha ayat hang sempoi boh. 
Haih, tengok. Saya dah mula terikut sahabat-sahabat Pahang yang suka letak perkataan "boh" dekat hujung ayat.

"Lawa boh." "Lapar boh." "Lawak boh."
"Pandai boh."
"Gapo boh." Eh. Semua benda depa nak buBOH. Hahaha.
Baiklah baiklah. Saya masih belum tidur lagi, masih menunggu Azan Subuh.


Insya-Allah, flight saya pada 20 Januari ini. Moga dipermudahkan Allah. :)
Kepada my ohsem sahabat-sahabat a.k.a akhowats (ada s sebab ramai) yang dah nak pulang ke tanah air tu, semoga sentiasa dalam pemeliharaan Allah dan selamat tiba ke rumah. Bertemu mereka yang tersayang. *winkwink*

Listen, saya akan merindui korang. Tambah tambah sahabat-sahabat Geng JJCM (Jalan-jalan Cari Makan). 
Wahai nama takleh blah langsung. Listen, Hak Tidur Hak Kami! Eheh tetiba. - -''


Geng JJCM. Erk.

Baiklah, Allah is calling now. Ilal liqa'. :')


Note : Saya rindu untuk menconteng di blog ini walau tiada siapa yang membacanya. Ya ya saya sedar. Tapi kan saya tak pernah lupa yang Allah sentiasa dapat membaca isi hati saya. Sengih. :3

Labels: