ABOUT SMILE INBOX FOLLOW
about


Mira.

Suka memerhati tapi tak suka diperhati. >.<




Prepare. // Tuesday, 9 July 2013 // 0 NOTE(S)
17:36


بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِارَّحْمَنِ ارَّحِيم


Seriyesly, tahun ney rasa macam tak berapa nak ready untuk menyambut  kedatangan Ramadan.
T__________T
Mungkin sebab baru ja balik dan tiba tiba dah nak masuk bulan Ramadan.
  So persediaan itu agak kurang.
Sooo let's prepare my dear.
 Mari persiapkan diri dengan ilmu dan iman.

Nabi saw. bersabda, "Telah datang kepadamu Ramadan, bulan berkah, Allah mewajibkan kamu berpuasa, pada bulan ini pintu-pintu syurga dibuka dan pintu-pintu Neraka ditutup, syaitan diikat, dan di dalamnya terdapat malam yang lebih baik dari seribu bulan. 
[HR Imam Ahmad dan Imam Nasa’i]

Allah. Malam ney dah nak terawih.
Rindu yang maha rinduuuu nak jejakkan kaki ke Masjid A'la. Solat berjemaah beramai ramai. Berebut rebut nak ambil saf depan. *sebab kena kipas hahaha
Dengar alunan ayat ayat suci Al-Quran.
Dengar ceramah agama.
Rinduuuu. :')

Subhanallah. 
Moga Allah izinkan untuk berpuasa penuh pada tahun ini dan dapat beribadat dengan lebih khusyuk dan tenang.
Moga Allah kuatkan hati untuk menyambut kedatangan bulan yang penuh mulia dan barakah ini.
Allahuma Amin.
:)


Kelebihan bulan Ramadan.

1. Pintu syurga dibuka, ditutup pintu neraka.
"Apabila telah tiba Ramadan, dibuka pintu pintu syurga dan ditutup semua pintu neraka dan diikat semua syaitan." 
[HR Al-bukhari dan Muslim]

2. Pahala berlipat ganda.
Nabi saw bersabda, "Setiap amalan baik anak Adam adalah untuk dirinya, setiap kebaikan digandakan dengan sepuluh kali ganda bahkan sampai seratus kali ganda.  Allah berfirman; kecuali puasa; ia adalah untukKu dan Akulah yang akan membalasnya.  Sungguh dia telah meninggalkan syahwatnya, makannya dan juga minumnya demi Aku. Untuk setiap orang yang puasa ada dua kegembiran; kegembiraan ketika berbuka dan kegembiraan ketika bertemu Allah. Perubahan bau mulut orang yang berpuasa lebih baik bagi Allah di bandingkan wangian kasturi". [HR Bukhari dan Muslim]

3. Perisai dari seksaan.
"Puasa itu perisai yang dipergunakan seorang hamba untuk membentengi dirinya dari seksaan neraka."
[HR Imam Ahmad]

4. Doa sangat mustajab.
Nabi saw bersabda, "Tiga doa yang sangat mustajab, doa orang yang puasa, doa orang yang di zalimi dan orang yang musafir". 
[HR Bukhari]
Nabi saw bersabda, "Doa yang tidak ditolak bagi orang berpuasa ialah ketika dia berbuka."
[HR Ibn Majah]
 
5. Diampuni segala dosanya yang lalu.
Nabi saw. bersabda, "Sesiapa bersolat pada malam Ramadan dengan keimanan sebenar dan mengharapkan ganjaran daripada Allah, akan diampun dosa-dosanya yang lalu." 
[HR Muslim]
Nabi saw. bersabda, “Sesiapa yang berpuasa pada bulan Ramadan kerana iman dan ikhlas mengharapkan pahala dari Allah, maka dosanya yang lalu akan diampun oleh Allah.” 
[HR Bukhari]

 6. Jauh dari api neraka.
"Barangsiapa yang berpuasa sehari pada jalan Allah nescaya Allah akan menjauhkan mukanya dari api neraka (sejauh perjalanan) 70 tahun."
[HR Bukhari]

7. Beroleh dua kegembiraan.
"...Dan bagi orang yang berpuasa dua kegembiraan iaitu; apabila berbuka, dia akan bergembira dengan waktu berbukanya dan apabila bertemu Tuhannya, dia gembira dengan puasanya."
[HR Bukhari dan Muslim]

 8. Masuk dalam syurga.
"Di dalam syurga terdapat satu pintu yang disebut Ar-Rayyan; pada hari kiamat orang-orang yang berpuasa masuk daripadanya (dan) tidak seorang pun selain mereka memasukinya."
[HR Bukhari]

9. Lailatul Qadar.
Firman Allah, 
"Sesungguhnya Kami telah menurunkan al-Quran ini pada malam al-Qadar. Apakah yang kebesaran yang terdapat pada malam al-Qadar? Malam al-Qadar lebih baik daripada seribu bulan. Pada Malam itu, para malaikat dan Jibril turun dengan izin Tuhan mereka kerana membawa segala perkara yang ditakdirkan berlaku pada tahun berikutnya. Sejahteralah malam itu hingga terbit fajar." 
[Al-Qadr:1-5]


Salam Ramadan. 
Moga Ramadan kali ini lebih baik dari sebelumnya.
Moga Allah beri kekuatan untuk memperbanyakkan ibadat di dalam bulan yang mulia ini.

:)

Labels: ,


Result. // // 0 NOTE(S)
17:01



بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِارَّحْمَنِ ارَّحِيم


Alhamdulillah. Almost two weeks at home. 
Home = Food Paradise.
Me = Getting fatter. *bhahaha
Betapa banyaknya nikmat yang telah Allah pinjamkan. All praises to Allah. 

Dan today. Temporary result dah keluar.
Again.
ALHAMDULILLAH.
ALHAMDULILLAH.
ALHAMDULILLAH.
Doa telah diperkenankan Allah.
:)

Walaupun pointer sedikit jatuh, tapi alhamdulillah still dean list.
Asif Abah Umi, masih tak dapat nak tunjuk four flat lagi. Huhuhu.
 I will try harder for the next sem.
And.
 Congratulations to all of my friends.
Marilah kita berusaha dengan lebih gigih lagi pada semester depan.
Insya-Allah.
Fighting! Tahun depan dah last semester. Wuhuuu. :')


Meminjam kata kata hikmah my sahabat Beela,
"Berusaha itu bukan mengejar natijah, tetapi meredhai natijah."


 Sesungguhnya Allah itu pemilik kejayaan. 
Dia berkuasa memberi kejayaan kepada sesiapa yang Dia kehendaki.
 Tawakkal dan redha.

Saat keputusan peperiksaan keluar,
Siapakah yang merasakan semuanya terjadi hanya dengan izin Allah?
Siapakah yang merasakan bahawa setiap yang terjadi ada hikmahnya?

Keputusan cemerlang, siapakah yang bersyukur?
Keputusang biasa-biasa, siapakah yang bersabar?

Siapa yang merasakan bahawa
apabila keputusannya bukan seperti yang dia sangkakan,
Keputusan bertambah baik kerana rahmat Allah,
Keputusan kurang baik, kerana Allah ingin menguji kita.
Atau mungkin kerana hubungan kita dengan Allah dan manusia tidak dijaga?
Kerana dosa-dosa kita juga.

Siapakah yang percaya kepada Allah?
Siapakah yang bersyukur kepada Allah?
Siapakah yang redha dengan ketentuan Allah?

Kamukah?
--------------------------------
Ya Allah, aku memohon kepada-Mu untuk menjadi dI antara yang bersyukur dan bersabar. T_T

Credit to Kautsar my ukhuwah fillah. 
Syukran ukhti untuk kata kata hikmah wa awesome ini. :)


Labels: , ,


Minggu Exam // Tuesday, 4 June 2013 // 3 NOTE(S)
03:24



بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِارَّحْمَنِ ارَّحِيم


K. Dah minggu study week.
How time flies. Acecece nak jugak bhahaha.

Insya-Allah first paper pada 12 Jun 2013. 
Ahah lambat lagi tuuu. Chill lah dulu kang. Hek.
Tapi tapi dari 12 haghi bulan tu straight tiap tiap hari ada paper. Allah. fenat ah cenggini.
Al maklumlah i amik 22 jam kredit kut sem ney. Yer tak banyak mana tuh. Orang lain dari banyak dari hang kut. - -''

Dan Insya-Allah flight saya ke tanah air pada 22 Jun 2013.
Saya... errr. saya langsung tak bersemangat nak study. Haih. Nak buat lagu mana ney.  >.<
Boleh lah buka nota slide kejap. Gagah gagah dalam 30 minit. 
Lepastu saya dengan bangganya bagi reward dekat diri sendiri dengan tengok movie sebab berjaya study. Pffffftt.
 Hmmm kesudahannya sehari saya study cuma dalam 2 jam. err 3 jam?


Amira. (nada memujuk)
Allah akan bagi ganjaran dekat kita banyak mana yang kita usaha ja.
Banyak mana yang kita usaha, banyak tulah yang kita dapat.


Seriyes, kalau tak dapat four flat, please blame yourself okay. Maghah.
Masa cakap fon dengan umi semalam. Allah. Hanya Allah ja yang tau.
Semangat tiba-tiba menjadi berkobar kobar. Fuh. Fuh.
Rasa nak study jeee masa tu. Masa tu jelah. Hehehe.
Umi pesan jangan give up selagi belum berusaha. 
Kita taktau apa yang Allah dah plan untuk kita.
Usaha tu kerja kita, Natijah tu kerja Allah.

Usaha lah dulu, balik nanti nak tidur tidorlah puas puas. Umi tak marah. (Dak umi tak cakap pun yang tuu bhaha)
Sekarang struggle dulu. Buat yang terbaik. Biar kita dah puas berusaha baru kita boleh puas hati dengan result nanti. Allah tak suka orang yang tak berusaha dan cepat putus asa.
Just try your best k.

Nanges. Huuu.
Ya umi. Baiklah. I will try my best.
 Insya-Allah. :')

Kepada semua yang bakal menghadapi final exam.
 Maan Najah.
Bittaufiq wannajah fil imtihan. Moga Allah permudahkan.
Errr..jangan give up lagi yer. ^^,

Labels: ,