ABOUT SMILE INBOX FOLLOW
about


Mira.

Suka memerhati tapi tak suka diperhati. >.<




Hari ke-10 Ramadhan // Monday, 30 July 2012 // 1 NOTE(S)
19:14


بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِارَّحْمَنِ ارَّحِيم


Alhamdulillah. Dah sepuluh hari berpuasa penuh.
Alhamdulillah. Masih dipinjamkan nyawa oleh Allah untuk terus beribadat dan mengingatiNya di dalam bulan yang mulia ini. (:
Diuji oleh Allah dengan ujian yang begitu kecil sepanjang berpuasa. *Sangat kecil. Tapi sudah cukup menyedarkan diri betapa ujian Allah ini menandakan yang Allah masih ingat pada kita dan agar kita sedar akan dosa-dosa kita. 

*Istighfar.
Astaghfirullahal Azim.
Allah. Allah. Allah. :'(

فَبِأَىِّ ءَالَآءِ رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ

"Maka nikmat Tuhan kamu yang manakah yang kamu dustakan?" [Surah Ar-Rahman]

Sekarang sedang cuba untuk mentarbiyah diri sendiri. Mendidik diri menjadi lebih baik.
Nak jadi baik kan? So kenalah mula dari first step dulu.
Haihh mana ada baby baru lahir terus boleh jalan terkedek-kedek kan. - -''
 Langkah pertama : HATI.
Bersihkan hati. Sucikan hati. Lembutkan hati.
Ya, dengan ayat-ayat cinta Allah Taala.
Bulan Ramadan kaan bulan membaca al-Quran. Alhamdullilah. Target baru, nak habiskan30 juzuk al-Quran DAN fahami maknanya. Serta cuba amalkan. Insya-Allah.
Moga dipermudahkan Allah Taala.

Kadang-kadang takut terlupa. 
Ana Khilaf. Jahil. dan Alpa.
Bila asyik sangat nak khatam al-Quran, terus terlupa tujuan utama kenapa nak baca al-Quran. Niat asal boleh terpesong. Allah.
Bukan sebab nak dapatkan redha Allah ke?
Perbetulkan niat Amira.
Jangan sampai boleh timbul perasaan riak, sombong dan bangga.
Kejar akhirat, bukan dunia.

"Awak dah juzuk berapa?"
"Masih dekat Surah Al-Imran..."
"Laa dah nak masuk sepuluh hari puasa takkan baru juzuk 2 kut?"
"Errr...sibuk la."
"Saya dah juzuk 12. Alhamdulillah. Laju jugak lah kan."


Ya Allah, jauhilah aku dari semua itu.
Semoga segala amalan dan ibadat yang kita kerjakan akan diterima oleh Allah Taala.

Semalam diberi kesempatan untuk mengunjungi seorang nenek saudara yang baru meninggal dunia selepas koma beberapa hari.
Al-Fatihah.
Masya-Allah. Meninggal dalam bulan yang mulia dan penuh barakah ini.
Teringat kembali saat arwah datuk yang telah lama pergi. Dari dimandikan, dikafan dan dikebumikan.

*Takut.
Mati itu pasti. Hidup itu Insya-Allah. 
-Laksamana Sunan
Moga kita akan dimatikan dalam Iman dan Islam.
Ingat mati nescaya tenteram hati.


Semoga dapat berpuasa penuh tahun ini. :)
Sabar sabar. Ujian itu tandanya Allah ingat dan sayang dekat kita.
*Senyum.


Labels: , ,