Bila cemburu. // Thursday, 28 February 2013 //
2 NOTE(S)
|
01:34
|
بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِارَّحْمَنِ ارَّحِيم
Baiklah, semester empat sudah bermula. Dan sayaaa. Ya. Masih malas seperti semester semester dahulu. - -''
Bila setiap awal semester kata nak berubah dengan azam dan semangat baru (kononnya), tapi tiada satu perubahan pun yang berjaya dilakukan. Allah~
Seramai 440 orang pelajar fakulti saya telah mendapat Anugerah Kepujian Dekan pada semester lepas. Ramai kan. Alhamdulillah, saya antara yang tercalon tetapi saya bukanlah pelajar yang terbaik atau yang mendapat CGPA yang tertinggi. Atau dengan kata lain, saya gagal mendapat 4 Flat. :'|
Jadi saya sebenarnya berasa tersangat sangat sangat cemburu kepada mereka mereka itu.
Mereka yang berjaya mendapat four flat.
Tahniah. *nanges*
Saya cemburu seperti ini wapalupun agak over di situ.
Tapi ini semua poyo. Ahaha. - -'' Tapi tapi mereka semua telah sangat berusaha. dengan gigih lagi bersungguh sungguh. Maka sudah tentulah mereka layak.
Please bandingkan mereka itu dengan diri sendiri.
Perrgi ambil cermin. Patu renung wajah sendiri lama lama. Aha, saya memang comel. Eheh.
Tidak. Saya memang tidak layak untuk mendapat four flat. T____T
Dan bila saya terpaksa mendengar.
"Weh kau tau si polan itu sangat bijak. Dia dapat four flat kut."
"Betapa cerediknya beliau yang bernama si polan itu kerana merupakan seorang pelajar four flat."
Sudah tentu saya berasa agak cemburu. Allahu.
Mari tajdid minda, hati dan niat. "Dan Allah melebihkan sebahagian kamu dari sebahagian yang lain dalam hal rezeki...."
Dalam hadith Rasulullah SAW dari kitab Sahih Muslim:
"Tidak ada hasad (cemburu) yang dibenarkan kecuali terhadap dua orang; iaitu pada orang yang Allah berikan harta, dia menghabiskannya dalam kebaikan. Dan pada orang yang diberikan ilmu dan dia beramal dengan ilmu tersebut dan mengajarkannya pula kepada manusia." Cemburu pada orang lain bermaksud kita tidak gembira pada nikmat yang Allah berikan kepada para hamba-Nya. Ini juga bermakna bahawa kita tidak redha pada takdir dan ketetapan Allah. Jika kita sendiri tidak redha pada Allah, apakah mungkin bagi kita untuk mendapatkan keredhaan Allah? Dan jika Allah tidak redha pada kita, apakah mungkin ketenangan hati itu akan kita kecapi?
Allah. Allah. Allah.
Imam Maulud, seorang ulama Sufi yang hebat, ada menerangkan bahawa untuk membersihkan hati (sekaligus mendapat ketenangan dan kedamaian jiwa), kita elakkan dari berasa cemburu pada kejayaan orang lain. Sebaliknya, jika manusia lain mendapat kebaikan dan rezeki yang lebih dari kita, kita doakan kebaikan dan kegembiraan untuk mereka. Hatta jika musuh kita yang mendapat kebaikan, jangan juga cemburu. Cemburu kepada musuh hanya akan menambahkan lagi penguasaan psikologi mereka ke atas diri kita. Yeah, that's right. Cemburu hadir sebab kita rasa kita lebih bagus dan lebih mulia dari orang lain; holier than thou. Apabila kita ada persepsi sebegini, kita akan mudah merasakan bahawa dia dan mereka tidak layak untuk menerima nikmat tersebut. Kita sahajalah yang layak. Seriously, saya juga pernah rasa macam ney. Allah. T___T Buang sifat sebegini dan tanamkan dalam hati dan minda bahawa yang orang lebih mulia di sisi Allah hanya diukur dari segi takwa. Ya, takwa dan iman itu lebih tinggi nilainya di sisi Allah. Dengan ini, di samping dapat membuang sifat cemburu, kita juga sekaligus dapat berlumba-lumba dengan manusia lain dalam meningkatkan taqwa kepada Allah. :) Copy dan rujukan dari sini. Astghafirullahal adzim. Nak dapat four flat macam mereka maka saya kenalah berusaha seperti mereka kan. Mari buang perasaan cemburu ini jauh jauh. Nah. Pergilah kau dari hidupku. -..-'' Baiklah. Baiklah. Cemburu itu sudah pergi. Hek. Mari juga berusaha untuk mendapatkan keredhaan Allah. Moga Allah sentiasa redha dengan kita. Insya-Allah. Saya akan cuba melawan perasaan ini. Ya saya akan cuba. Doakan saya ya. Eh doakan kita bersama. :) |
.jpg)
