Hidayah. // Friday, 1 February 2013 //
0 NOTE(S)
|
17:19
|
بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِارَّحْمَنِ ارَّحِيم
Lama tak tadabbur ayat-ayat suci nan indah dari Allah Taala. kan. kan. T____T
Tadabbur dalam happy circle (baca : bulatan gumbira) memang tersangat best kerana adanya kakak naqibah untuk memperbetulkan dan mencerahkan lagi maksud maksud ayat tersebut. Teheee.
Tetiba teringat cerpen karya Ustazah Fatimah Syarha, Seindah Mawar Berduri.
Cerpen yang sumpah best lagi ohsem. Sape yang tak baca lagi tu, anda memang harus baca.
Dalam cerpen tersebut, Khazinatul Asrar (heroin a.k.a watak utama) ada mentadabbur satu surah dalam kitab yang paling mulia Al-Quran, iaitu surah Al-Mai'dah ayat 41.
Maaf kauliti gambar yang kurang jelas. [capture from Al-quran Digital]
" Barangsiapa yang Allah menghendaki kesesatannya, maka sekali-kali kamu tidak akan mampu menolak sesuatupun (yang datang) daripada Allah. Mereka itu adalah orang-orang yang Allah tidak hendak mensucikan hati mereka. Mereka beroleh kehinaan di dunia dan di akhirat mereka beroleh siksaan yang besar. " [ 5:41 ]
Tafsir ayat ini menjelaskan jika seseorang sudah terbiasa mendengar kebatilan dan menerimanya, ia akan menghijab dirinya dari kebenaran. Hatinya dibiarkan angguk pada kesesatan.
Dia menerima kebatilan dah tentu dia sebenarnya menyukainya.
Akibatnya, ketika kebenaran datang tanpa memenuhi seleranya dia menolak dan mendustakannya.
Why not?
Hatinya dah gelap dan tak nampak lagi cahaya Allah.
Sebagai alasan, Allah biarkannya terus dalam kesesatan dengan tidak memancarkan hidayah-Nya ke hati–hati mereka.
Contohnya, apa yang dilakukan oleh kelompok Jahmiyah terhadap ayat–ayat dan hadis–hadis yang berkenaan dengan asma’ dan sifat.
Mereka menolak ayat-ayat dan hadis-hadis itu dengan ta’wil mereka sendiri. Ikut selera mereka. Jesteru, Allah biarkan mereka dalam kesesatan kerana azab akhirat yang menanti itu sesungguhnya lebih pedih lagi.
Kita sepatutnya sentiasa menyucikan hati kita kerana hati adalah raja yang memerintah seluruh amalan. Jangan biarkan ianya dinodai oleh titik hitam.
Apatah lagi membiarkan ada kebatilan yang masih bersarang disitu, walaupun sedikit.
Sentiasalah beristighfar dan zikir qolbi untuk menyucikannya kerana manusia sering membuat kesilapan.
Kalau dilihat tafsir ayat secara keseluruhan, mereka difokuskan kepada orang-orang Yahudi yang mengubah kitab Taurat dan mendustakan ayat–ayat Allah.
Namun orang Islam sekalipun yang tahu tentang kebenaran tetapi tidak beramal dengannya sebaliknya memilih kebatilan sebagai cara hidup samalah sikapnya dengan orang–orang Yahudi laknatullah.
Hatinya akan berselaput dengan noda hitam kerana sudah sebati melakukan kesilapan hingga akhirnya sukar untuk menerima kebenaran yang dia imani sebelumnya.
Sementara itu, orang yang membiasakan keadaan hatinya lalai daripada cahaya Allah S.W.T mungkin akan dihukum oleh Allah S.W.T untuk terus lalai dan jauh dariNya.
Sebagaimana ingatan Allah dalam Al-A’raf (17) ayat 179 yang bermaksud :
“dan janganlah kamu termasuk di antara orang yang lalai…’
Kalau ada di lintasan di hati kita untuk berhijrah dari jiwa yang lalai kepada jiwa yang cintakan Allah S.W.T. maka bersegeralah untuk melakukannya kerana percayalah bahawa itu adalah lintasan benar dari Allah S.W.T.
Lintasan itu merupakan hidayah yang takkan datang selalu. Jarang–jarang jer.
Biasanya ianya akan disertai keyakinan yang kuat.
Namun, kalau kita sering bertangguh, mungkin Allah S.W.T akan tarik balik hidayah–Nya itu.
Taufiq dari–Nya bukan milik semua orang. Bukan milik orang yang tak bersedia.
:)
Allahuakbar! Pencerahan yang sangat cerah. Faham kan. Hati tu yang paaaaaaling penting.
Jangan sampai satu masa nanti bila Allah dah bagi hidayah kat kita, kita still tak dapat nak capai.
Tak nampak dek kerana hati kita dah MATI. Nauzibillahimin zalik.
Maka, marilah kita sama sama menjaga hati kita. :)
Bersihkan hati dari sifat sifat yang dibenci oleh Allah. Sifat sifat yang dapat menjauhkan diri kita dari hidayah Allah SWT.
Dan kalau rasa nak berhijrah ke arah yang lebih baik tu, cepat cepatkanlah.
Kita langsung tak tahu ajal kita ney sampai bila kan. Esok lusa tulat, Allah.
Rahsia Allah yang sumpah manusia tak akan tahu.
Kredit pada tuan empunya gambar. Moga beroleh saham syurga. :)
Kepada mereka yang nak baca cerpen tersebut, sila klik SINI.
Barakallahu fikum. :)
Note : Saya nak minta maaf pada mereka mereka para para sahabat yang ada telefon dan mesej, tapi tak terangkat dan terbalas. Minta maaf sangat sangat. T___________T
Asal cuti je, saya boleh lupa dekat mana saya letak handset saya. Asal cuti je, saya tak pernah topup dan tambah kredit. Errr. Seriyes. Handset itu umpama perhiasan di masa cuti. Hohoi.
Ampun maaf dipinta. Facebook masih ada untuk merubati kerinduan kan kan. *wink sekali*
Labels: cuti, ibadah, tadabbur |
.jpg)


