Baik tapi sakit // Monday, 18 March 2013 //
0 NOTE(S)
|
00:49
|
بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِارَّحْمَنِ ارَّحِيم
Ada time time tertentu tu kita rasa sangat dukacita dan khuciwa kan. Tipuu la kalau sapa cakap dia tak pernah rasa tu. Ini semua mohong. - -''
Kadang kadang rasa macam hipokrit pun ada. eh topik lari.
Tapi seriyes kita hanya manusia biasa. No wonder la kalau kita ney sometimes boleh jadi jahat sikit.
Ehehh. sikit je tak banyak pun. :b
"Saya dah penat jadi baik sangat kat semua orang. Padahai depa senang senang ja pijak kepala saya. Mentang la saya baik depa sesuka hati perut paru paru ja perguna saya. Saya sedaq tapi saya saja ja buat buat tak sedaq. Kononnya saya ini naif lagi comei. Saya anggap depa depa semua tu sahabat sahabat saya dunia akhirat. Tapi depa anggap saya macam tu ka? Apa yang patut saya buat Ukhti Mong yang jelita. Patutkah saya terus menerus menjadi baik lantas dipijak pijak sampai hati saya luka lagi berdarah atau saya berubah menjadi jahat lagi hipokrit. Tolong saya. T_T."
Luahan hati Cik Anon yang comei (bukan nama sebenar).
Kembang dipuji jelita. Kahkahkah. c| :
Jadi baik tu tak salah malah sememangnya kita kena menjadi hamba Allah yang baik lagi beriman. Tapi tapi tapi berbuat baik berpada pada berbuat jahat jangan sesekali. Sapa tak pernah dengar perpatah ini anda bukan makhluk dari bumi.
SAYA AKAN TERUS MENERUS MENJADI BAIK DAN BERUSAHA MENJADI LEBIH BAIK.
Apa yang orang nak buat, nak pijak ka, nak tendang ka, nak tolak ka. Yeah just go on.
Buatlah. Listen, ada aku kisah >,<'
Saya nak jadi baik sebab ALLAH. Bukan sebab MANUSIA.
Allah yang bagi segala galanya dekat saya bukannya manusia.
Bila saya buat baik dekat orang dengan niat untuk mendapatkan keampunan, keredhaan dan rahmat Allah, saya akan dapat pahala Allah.
Allah dah janji syurga pada hamba hamba Nya yang beriman.
Bukankah orang orang yang beriman itu adalah orang orang yang baik baik lagi soleh dan solehah?
See. Bila kita buat kerana Allah, kita tak payah fikir pasal perkara lain.
Teruskan berusaha untuk menjadi hamba Allah yang baik hati.
Bukan sahaja Allah akan suka dan sayang pada kita malah seluruh penghuni langit juga turut akan suka dan sayang pada kita. :')
Takpalah depa nak perguna kita. Nak pijak kepala kita ka. Biaqlah kat depa.
Depa juga yang dapat dosa kan.
Kita yang masih buat baik ney, Allah akan bagi hadiah pahala dekat kita.
Tapi hati tu mestilah ikhlas dan redha. :)
Jangan risau. Allah sangat mendengar lagi maha mengetahui.
Allah faham lagi mengerti.
Niat kerana Allah. Ikhlas dan redha.
Itu kan Allah dah ada jawab dalam warkah warkah cinta-Nya.
Insya-Allah. Jangan risau. Jangan sedih.
Allah kan ada.
:)
Labels: Al-Quran |
.jpg)
