Ibrah // Monday, 22 April 2013 //
0 NOTE(S)
|
00:25
|
بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِارَّحْمَنِ ارَّحِيم
Muhasabah diri.
Terpaksa menulis semula sebab keadaan diri yang sudah semakin kritikal. Allah. Betullah iktibar yang diperolehi tu tak tahan lama. Cepat ja syaitanorrajim menghasut kembali dan menggoda hawa nafsu ini. T__T Saya dikejutkan dengan satu berita sedih. Seorang rakan yang dikenali (yang sebetulnya sahabat kakak saya) telah kembali menghadap Ilahi. Allahu. Innalillahi wainnalillahi raji'un. Al-Fatihah. Semoga roh beliau dicucuri rahmat Mu Ya Allah dan ditempatkan dalam kalangan hamba hamba Mu yang soleh dan beriman. Amin Ternyata ajal maut tidak mengenal usia. Juga waktu dan tempat. Kun Fayakun. Allah lebih Mengetahui. Nyawa diambil ketika sedang tidur. Allah. "Sesuatu yang bernyawa tidak akan mati melainkan dengan izin Allah, sebagai ketetapan yang telah ditentukan waktunya. Barang siapa menghendaki pahala dunia, niscaya Kami berikan kepadanya pahala dunia itu, dan barang siapa menghendaki pahala akhirat, Kami berikan (pula) kepadanya pahala akhirat itu. Dan kami akan memberi balasan kepada orang-orang yang bersyukur." [3:145] Jadi satu tamparan hebat buat saya. Menjadi satu peringatan, petunjuk dan ibrah buat diri. Takda warning. Takda petanda. Terus dijemput Malaikat Izrail. Allah. Malam tu saya menangis semahu mahunya. Takut andai nyawa saya diambil sebelum sempat bertaubat. Takut andai nyawa saya diambil sebelum sempat menunaikan solat. Saya jadi takut sangat sangat. Kemudian saya terfikir sepanjang 21 tahun saya hidup, apa sumbangan yang saya dah bagi pada agama. Pada Islam. Pada ummah. Yang boleh saya tunjukkan dekat Allah di akhirat kelak. Yang boleh saya banggakan sebagai umat Nabi Muhammad SAW. Takde. Nangis. Bagaimana pula hubungan saya dengan Allah. Hablumminallah. Bagaimana hubungan saya dengan manusia. Hablumminannas. Hubungan dengan ibu bapa. Hubungan dengan adik beradik. Hubungan dengan guru guru, pensyarah, para alim ulama. Hubungan dengan sahabat sahabat, rakan rakan, kawan-kawan. Hubungan dengan jiran tetangga. Hubungan dengan saudara sesama Islam. Nangis. Kemudian saya terbayang bagaimana nasib saya di dalam kubur nanti. Berseorangan. Tanpa teman. Gelap gelita. Allahu Allah. Selamatkan kami Ya Allah dari seksaan kubur. Selamatkan kami Ya Allah. Hanya kepada Engkau Aku memohon keampunan dan pertolongan. "Setiap yang bernyawa akan merasakan mati. Kemudian hanya kepada Kami kamu dikembalikan." Kadang kadang kita selalu ja terlupa yang hidup kita kat dunia singkat sangat sangat. Kita takkan kekal sampai kiamat dekat dunia ney. Tak akan. Mati itu pasti. Dan kita sendiri tak tahu bila ajal akan datang menjemput kita. Bila bila masa ja Allah boleh tarik balik nyawa kita. Ya bila bila masa ja. Tapi ajaibnya kita sangat yakin yang kita akan hidup sampai tua. Kita confident yang esok kita akan bangun macam biasa dan bernafas seperti biasa. Yakinnya kita. T__T Nyawa ini pinjaman yang sementara oleh Allah. Satu hari nanti Allah akan ambil semula nyawa ini. Sebab nyawa ini milik Allah. Hak Allah. Bertaubat sebelum terlambat. Kalau ada terdetik nak buat perkara baik, segerakanlah. Kalau ada banyak duit, bersedekahlah. Infakkan harta semoga ia dapat menjadi amal jariah kepada kita. Jaga hubungan dengan Allah. Jaga hubungan dengan manusia. Muhasabah dan peringatan buat diri. Semoga ketika saya dijemput oleh Allah, ketika itu tiada penyesalan dalam diri saya. Telah saya laksanakan hak hak saya sebagai seorang muslim yang beragama Islam. Yang berpegang pada kalimah LAILAHA'ILLALLAH. Semoga saya dapat tinggalkan sesuatu untuk agama dan keluarga. Tolong ingatkan saya tentang mati. Agar diri ini tidak lalai dan leka dengan kemewahan dan kesenangan dunia. Ya Allah, Engkau panjangkanlah usia kami Moga bertambahnya amal ibadat kami kepada Engkau Ya Allah. Moga Engkau menerima segala amal ibadat yang kami kerjakan kerana Mu Ya Allah. Matikanlah kami dalam Iman Ya Allah. Selamatkan kami dari seksaan kubur Ya Allah. Selamatkanlah kami dari seksaan api neraka Mu Ya Allah. Ampunilah dosa dosa kami Ya Allah. |
.jpg)

