Saya rindu... // Tuesday, 21 May 2013 //
0 NOTE(S)
|
23:53
|
بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِارَّحْمَنِ ارَّحِيم
Sungguh. Saya amat merindui bulatan itu. Bulatan redha.
Bulatan yang sentiasa mengharapkan keredhaan Allah.
Saya amat rindu...
Rindu untuk tadabbur ayat al-Quran bersama-sama akhowats.
Rindu untuk mendengar tazkirah dan nasihat yang sangat berguna.
Rindu solat berjemaah beramai-ramai. Iftar sampai kenyang.
Rindu baca mathurat sama-sama.
Rindu. Rindu. Rindu.
Allah.
Hanya Engkau Ya Allah yang mengetahui betapa hati ini amat sakit dan kosong selepas meninggalkan bulatan itu.
Dakwah dan tarbiyah takkan berakhir sampai di situ sahaja.
Insya-Allah.
Moga Allah izinkan dan moga Allah permudahkan.
Rabbi yassir wala tu'assir, Rabbi tammim bil khoir.
:)
|
.jpg)
