ABOUT SMILE INBOX FOLLOW
about


Mira.

Suka memerhati tapi tak suka diperhati. >.<




Prepare. // Tuesday, 9 July 2013 // 0 NOTE(S)
17:36


بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِارَّحْمَنِ ارَّحِيم


Seriyesly, tahun ney rasa macam tak berapa nak ready untuk menyambut  kedatangan Ramadan.
T__________T
Mungkin sebab baru ja balik dan tiba tiba dah nak masuk bulan Ramadan.
  So persediaan itu agak kurang.
Sooo let's prepare my dear.
 Mari persiapkan diri dengan ilmu dan iman.

Nabi saw. bersabda, "Telah datang kepadamu Ramadan, bulan berkah, Allah mewajibkan kamu berpuasa, pada bulan ini pintu-pintu syurga dibuka dan pintu-pintu Neraka ditutup, syaitan diikat, dan di dalamnya terdapat malam yang lebih baik dari seribu bulan. 
[HR Imam Ahmad dan Imam Nasa’i]

Allah. Malam ney dah nak terawih.
Rindu yang maha rinduuuu nak jejakkan kaki ke Masjid A'la. Solat berjemaah beramai ramai. Berebut rebut nak ambil saf depan. *sebab kena kipas hahaha
Dengar alunan ayat ayat suci Al-Quran.
Dengar ceramah agama.
Rinduuuu. :')

Subhanallah. 
Moga Allah izinkan untuk berpuasa penuh pada tahun ini dan dapat beribadat dengan lebih khusyuk dan tenang.
Moga Allah kuatkan hati untuk menyambut kedatangan bulan yang penuh mulia dan barakah ini.
Allahuma Amin.
:)


Kelebihan bulan Ramadan.

1. Pintu syurga dibuka, ditutup pintu neraka.
"Apabila telah tiba Ramadan, dibuka pintu pintu syurga dan ditutup semua pintu neraka dan diikat semua syaitan." 
[HR Al-bukhari dan Muslim]

2. Pahala berlipat ganda.
Nabi saw bersabda, "Setiap amalan baik anak Adam adalah untuk dirinya, setiap kebaikan digandakan dengan sepuluh kali ganda bahkan sampai seratus kali ganda.  Allah berfirman; kecuali puasa; ia adalah untukKu dan Akulah yang akan membalasnya.  Sungguh dia telah meninggalkan syahwatnya, makannya dan juga minumnya demi Aku. Untuk setiap orang yang puasa ada dua kegembiran; kegembiraan ketika berbuka dan kegembiraan ketika bertemu Allah. Perubahan bau mulut orang yang berpuasa lebih baik bagi Allah di bandingkan wangian kasturi". [HR Bukhari dan Muslim]

3. Perisai dari seksaan.
"Puasa itu perisai yang dipergunakan seorang hamba untuk membentengi dirinya dari seksaan neraka."
[HR Imam Ahmad]

4. Doa sangat mustajab.
Nabi saw bersabda, "Tiga doa yang sangat mustajab, doa orang yang puasa, doa orang yang di zalimi dan orang yang musafir". 
[HR Bukhari]
Nabi saw bersabda, "Doa yang tidak ditolak bagi orang berpuasa ialah ketika dia berbuka."
[HR Ibn Majah]
 
5. Diampuni segala dosanya yang lalu.
Nabi saw. bersabda, "Sesiapa bersolat pada malam Ramadan dengan keimanan sebenar dan mengharapkan ganjaran daripada Allah, akan diampun dosa-dosanya yang lalu." 
[HR Muslim]
Nabi saw. bersabda, “Sesiapa yang berpuasa pada bulan Ramadan kerana iman dan ikhlas mengharapkan pahala dari Allah, maka dosanya yang lalu akan diampun oleh Allah.” 
[HR Bukhari]

 6. Jauh dari api neraka.
"Barangsiapa yang berpuasa sehari pada jalan Allah nescaya Allah akan menjauhkan mukanya dari api neraka (sejauh perjalanan) 70 tahun."
[HR Bukhari]

7. Beroleh dua kegembiraan.
"...Dan bagi orang yang berpuasa dua kegembiraan iaitu; apabila berbuka, dia akan bergembira dengan waktu berbukanya dan apabila bertemu Tuhannya, dia gembira dengan puasanya."
[HR Bukhari dan Muslim]

 8. Masuk dalam syurga.
"Di dalam syurga terdapat satu pintu yang disebut Ar-Rayyan; pada hari kiamat orang-orang yang berpuasa masuk daripadanya (dan) tidak seorang pun selain mereka memasukinya."
[HR Bukhari]

9. Lailatul Qadar.
Firman Allah, 
"Sesungguhnya Kami telah menurunkan al-Quran ini pada malam al-Qadar. Apakah yang kebesaran yang terdapat pada malam al-Qadar? Malam al-Qadar lebih baik daripada seribu bulan. Pada Malam itu, para malaikat dan Jibril turun dengan izin Tuhan mereka kerana membawa segala perkara yang ditakdirkan berlaku pada tahun berikutnya. Sejahteralah malam itu hingga terbit fajar." 
[Al-Qadr:1-5]


Salam Ramadan. 
Moga Ramadan kali ini lebih baik dari sebelumnya.
Moga Allah beri kekuatan untuk memperbanyakkan ibadat di dalam bulan yang mulia ini.

:)

Labels: ,